Latar belakang Terakhir

"Terakhir" telah dicipta oleh Sirkhan pada 2012.[2] Sufian, Sirkhan dan Rinkarnaen mengambil masa lebih dua tahun untuk menyiapkan lagu ini.[4] Lagu itu kemudian dimuatnaik di YouTube oleh seorang individu yang dikenali sebagai Kipidap dan meraih jumlah tontonan sebanyak 1.3 juta dalam tempoh 6 bulan. Sufian menerima tawaran dari beberapa syarikat rakaman sebagai artis rakaman, namun beliau menolak tawaran itu.[4] Beliau memutuskan untuk mengikat kontrak dengan Aries Music pada Disember 2015, selepas perbicangan bersama Sirkhan.[2] Rakaman lagu ini dijalankan di Studio NAR, Taman Tun Dr. Ismail pada Februari 2016. Susunan muzik lagu ini dilakukan oleh Eddie Marzuki dengan proses rakaman vokal di bawah bimbingan Bob Yusof.[5]